Tulisan ini bukan bertujuan untuk mengangkat martabat pihak yang bukan sepatutnya, bukan juga mencari kewajaran atau kerelevanan atau apa sahaja yang berkaitan dengannya. Saya mahu mahu menulis tentang lorong gelap. Ada apa di lorong gelap? Kenapa mesti mereka berada di situ dan layakkan mereka kita hormati? Saya tahu ramai menganggap mereka keji, hina dan kotor. Apa, kita bersih sangatkah, tidak jijik dan sungguh baik? Saya tidak mencari kewajaran untuk membela puak-puak minoriti yang berada di lorong-lorong gelap. Setiap yang berlaku pasti ada sebabnya. Kita perlu bertanya kenapakah mereka berada di lorong-lorong ini yang selalu kita panggil jelek, jijik, tahi, dan pelbagai ungkapan yang kurang enak di dengar.
Saya mahu tulis tentang pelacur. Dunia pekerjaan yang tertua sekali di dunia. Hebatnya dunia pelacuran bisa membuatkan pak-pak imam menyimpan ketayap dan di selitkan di dalam poket. Hebatnya dunia pelacuran membuat negara kita [ ya, negara kita ] masih mampu bertahan dari ancaman ekonomi yang buruk. Tidak pernah terfikirkah kita kenapa kerajaan seakan-akan enggan mengharamkan terus rumah-rumah pelacuran yang kian banyak seumpama bertih jagung. Kerajaan seakan-akan segan untuk menutup tempat pelacuran. Tidak moden agaknya negara kita jika tiada tempat seumpama ini. Pelacur-pelacur berbaris seakan-akan anak-anak ayam yang bakal di beli untuk di pelihara. Tidak percaya? Pergilah ke Bukit Bintang, di sana pelbagai " perisa" ada di pamerkan. Ada yang di datangkan khas dari China, Filipina, Indonesia dan banyak lagi negara. Rakyat negara kita juga ada.
Mahu tidak mahu kita harus mengakui bahawa pelacuran merupakan salah satu "aset" negara untuk mencapai keuntungan dengan cara mudah. Masakan rumah pelacuran tidak laku seolah-olah pisang panas yang di jual di tepi jalan. Inilah salah satu sumber pendapatan negara kita selain daripada perniagaan rumah urut, dan arak. Ya, pelacuran. Inilah hasil-hasil gaji yang kita dapat setiap bulan. Inilah juga duit pinjaman pelajaran yang diberikan kepada mahasiswa-mahasiswi. Apa tidak percaya? Selepas rokok, dan arak, pelacuranlah yang menjadi "promosi" di Malaysia. Apa yang tidak ada di Malaysia? Gay, lesbian, pengkid, toy boy, "anak ikan", gigolo, dan bermacam-macam lagi gaya hidup kontemporarilah katakan.
Dalam kita sedang menghina pelacur-pelacur di jalanan, kita tidak sedar, hasil pendapatan negara "bergantung" kepada mereka. Sekali lagi, saya bukan mencari kewajaran untuk mengatakan mereka ini wajar disanjung tinggi. Tidak. Saya bukan mahu kita menjadi seperti zaman Turki Uthmaniyah apabila seorang pelacur bernama Saloon [ tidak pasti ejaan ] diangkat dan di julang dengan tinggi sebagai ikon dalam negara tersebut pada zaman itu. Maka lahirlah bermacam-macam barangan, pakaian, dan gaya yang di tiru daripada pelacur ini. Bukan itu yang saya maksudkan. Jika kita mengangkat pelacur sebagai ikon sanjungan, tamadun kita sudah runtuh menyembah bumi!
Pelacur, wajarkah kita hormati dia? Ya, kenapa tidak. Dia juga manusia yang diciptakan oleh Tuhan kita. Dia juga manusia yang punya hati dan perasaan. Dan, kita tahu apa yang dia buat itu salah. Saya tidak sependapat dengan Machiavelli yang mengatakan “Matlamat menghalalkan cara”. Untuk mendapat sesuatu yang kini ingini, tambahan lagi untuk menjadi sumber darah daging perlulah mendapatkannya melalui jalan yang halal. Tapi, ada pula yang berkata, kalau sudah dalam keadaan sesak yang perlukan wang yang banyak, dan ini sahajalah caranya, apakah yang akan kita lakukan. Misalnya, kita perlukan wang untuk pembiayaan perubatan orang yang kita sayang, dan kita tidak punyai cara lain, inilah yang satu. Maka, apa tindakan kita?
Seorang yang saya kenali pernah bertanya bahawa dia jatuh cinta dengan pelacur. Seorang kawan yang lain pula beria-ia menghentam dengan mengatakan bahawa pelacur tidak layak di kahwini. Sudah ternoda, busuk, keji dan jijik. Dan, dan di khuatiri akan melahirkan zuriat yang tidak soleh kerana syarat untuk mencari isteri mestilah yang taat beragama agar dapat melahirkan insan penerus generasi yang kamil. Jadi, apa solusinya? Kita juga tahu, lelaki yang baik untuk wanita yang baik dan sebaliknya. Saya selalu berpegang pada “ Hati yang baik adalah lebih penting”. Yang penting hati.
Seorang yang saya kenali seringkali merungut bahawa para sasterawan kita juga penulis suka mengangkat pelacur sebagai watak dan tema utama. Kata mereka, apakah tidak ada ikon lain atau tema lain, kenapa mesti pelacur yang seolah-olah dipandang hebat. Orang sastera pula menjawab bahawa inilah realiti masyarakat kita hari ini, jadi, inilah yang kami tuliskan, yang kami potretkan, yang kami lakarkan. Apa pun, kenyataan yang pahit ialah negara kita syurga bagi pelacur dan pelanggan pelacur. Sebagai manusia, kita perlu menghormati mereka walaupun mereka yang sering kita labelkan busuk, jijik, jelek dan bermacam-macam lagi itu bukanlah manusia baik mengikut takrifan kita. Tapi, harus kita ingat, bahawa mereka juga manusia yang punya hati, perasaan dan hak untuk hidup walaupun lorong yang mereka pilih adalah lorong gelap yang penuh dosa. ah tidak ada ikon lain atau tema lain, kenapa mesti pelacur yang seolah-olah dipandang hebat. Orang sastera pula menjawab bahawa inilah realiti masyarakat kita hari ini, jadi, inilah yang kami tuliskan, yang kami potretkan, yang kami lakarkan. Apa pun, kenyataan yang pahit ialah negara kita syurga bagi pelacur dan pelanggan pelacur. Sebagai manusia, kita perlu menghormati mereka walaupun mereka yang sering kita labelkan busuk, jijik, jelek dan bermacam-macam lagi itu bukanlah manusia baik mengikut takrifan kita. Tapi, harus kita ingat, bahawa mereka juga manusia yang punya hati, perasaan dan hak untuk hidup walaupun lorong yang mereka pilih adalah lorong gelap yang penuh dosa.